Thursday, 16 January 2014

Qisya makin aktif !

Wahhhh...makin hari semakin aktif. Berperang kat dapur, main kejar-kejar dengan Qisya. Kalau nak masak Nadia akan letak Qisya kat walker kalau die macam dah boring meniarap baring nonggeng bagai. Sekarang dah pandai capai objek-objek yang tersembunyi. Apetah lagi yang tersergam indah di depan mata. Pantas cergas pulak tu. Ummi kene ALERT sekarang ni. Objek-objek merbahaya kene letak tinggi dan pastikan jarak jauh dari Qisya. Tengah memasak mesti WAJIB menghendap ini budak... setiap saat sampai tegang urat leher dan tengkuk ( hihihii ...ini tipu ). Qisya tengah explore senyap-senyap , ai saje buat suara macam nak kejar die, terus kelam kabut nak lari, sengeh-sengeh lepastu buat geram. Hahahaaa tergelak ummi nengok keletah awak anakku.


Leka tengok TV

Selera makan pulak tengah naik, pung pang pung pang ummi kat dapur. Masak untuk Qisya, masak untuk abah cayang .... Eh? kikikiii. Breakfast pukul 8.30 pagi tadi bagi PISANG YUMMY sebagai pembuka selera. Kemain suka. Then nyusukan Qisya, mandi manda , main-main jap dengan die, die dah start gosok-gosok mata...nak tido latewww. Bergemalah rumah ini dengan zikir dari  alunan suaraku yang merdu ( ok..sila muntah ;p ) . Dalam pukul 11pagi, Qisya bangun dari tidur, ummi pantas cargas ke dapur. Buat mamam Qisya dulu.
 

Ingat tak resepi yang Nadia share semalam,  Bubur Sayuran Enak for 8 month Qisya ::



Ade lebihan semalam sebab masak lebih. So, Nadia just panaskan tapi olah menu sikit dengan menambah UNSALTED BUTTER dan BEGAR CHEESE yang diparut sikit. Ya Allah, sedapnyeee ! Bagi ummi jelah Qisya. Dah suam , ready nak bagi Qisya mamam. Banyak jugak buat. Rasenye boleh buat untuk 2 hidangan... TAPI tak kusangka Qisya makan sampai habis. Ai terkejut and was like eh...eh... wowww!! Alhamdulillah, berselera sungguh Qisya ye. Mungkin sebab die makin lasak that's why cepat lapar. Makanlah sayang...gumbira hati ummi nengok ^.^  


Dah bagi makan Qisya, nak masak untuk suami dan diri sendiri pulak. Masak simple je. Menu utama Ayam Masak Merah Mak Ngah hik3

Sempat snap! Yeayyy ~ saya suka saya suka ;D 


  
Ai taklah pandai masak beria but  PRACTICE MAKES PERFECT ! ( ^_^ )v


Sebenarnya, entry ni nak share care buat mamam Qisya. Minum petang, bagi Qisya mamam pisang + apple + unsalted butter + susu = SUPER SEDAP !! Tapi gambar yang ai snap tu hilang. Cari-cari tak jumpe. Uwaaaa!!! Takpelah, nanti kalau ai buat menu tu, ai share okeyh. Daaaa




No comments:

Post a Comment