Wednesday, 22 January 2014

Bananalicious

Pisang antara buah kesukaan Qisya. Suap 2 biji pun bole habis. Kalau ade pisang, ini menu wajib untuk hidangan breakfast , minum petang and supper.


BANANALICIOUS

 
Sedap sangatttt


Bahan - bahan ::

* Pisang ( ikut size pisang. Kalau pisang emas 2-3 biji pun ok sebab kecik )
* Frozen Puree Apple 2 ketul ( kalau tak buat stok, apple tu belah dua, kukus. Tak payah blend dulu )
* 1 sudu teh unsalted butter
* EBM / SUSU IBU atau Formula Milk





Selalunya , apple puri ni ai suke buat stock. Boleh buat penambah rasa. Senang je pun nak buat. Buang kulit, potong dadu, kukus/steam, blend then masukkan kat tray ice cube. Masukkan dalam peti sejuk beku.


Buang kulit dan potong dadu


Lepas dah kukus, blend dan simpan dalam ice cube tray


Simpan di peti sejuk bahagian beku. Keluarkan dalam 15-20 minit sebelum di hidang/ di masak


Cara - caranya ::

  • Hiris pisang
  • Masukkan unsalted butter dalam cooking pan bersama dengan puree apple dan pisang
  • Gaul sebati. Sambil-sambil tu lenyek-lenyek pisang
  • Masukkan susu formula. Tutup api. Gaul
  • Tunggu suam. Hidangkan pada yang tersayang. Kalau guna susu ibu, campur mase nak hidang. Fresh2 gicheww
  • Blend tapi jangan halus sangat. Biar ade struktur makanan untuk ajar baby kunyah ( kecuali untuk bayi 6 bulan dan yang belum pandai mengunyah ~ takut muntah atau tercekik )

Menu ni memang Qisya in love sangat. Suap lambat sikit ( kes ummi atau abah yang "ter"leka tengok tv..kih3 ), mesti die merengek macam nak nangis. Konon tak puas hatila sebab kite bagi lambat...yang dia suka pulak tu. Ummi pun makan sekali..hahaa. Bahagia melayan anak :")

Uols cubalah untuk si manja yang tercinta omey2 tu...terutama untuk anak yang kurang selera nak makan. Mana tau resepi ni berjaya menaikkan selera mereka. Lain bayi lain kehendak dan citarasa. Kena kreatif dan jangan putus asa try and error keyh. Ciayokkkk !!

Daaaa


Kenyang perut suka hati ~ shaye nak tidur lenaa..hihiiii


Saturday, 18 January 2014

Atasi Ruam Bayi

Di awal kelahiran bayi, ummi dan abah sangat gembira. Kehadiran bayi comel ini menceriakan hidup kami ~ lengkaplah fasa kehidupan di dunia ini dengan mempunyai zuriat sendiri dan seterusnya membesarkan dan menjaga amanah Allah ini dengan penuh kasih sayang. In shaa Allah, amanah ini kami jaga dan kami didik sebaiknya ( background lagu Ummi by Hadad Alwi ) ....eh, kesian abah. Ok lah background lagu Keluarga Bahagia ^__^

Sepanjang menjaga Qisya, dia bayi yang baik dan tak banyak meragam. Qisya bayi yang tabah. Bila ingat balik, sepanjang 3 hari di hospital selepas melahirkan Qisya ( caesar memang kene stay wad 3 hari ), sepanjang itulah susu ummi takde. Kesian sangat Qisya menangis sampai gigil-gigil mulut. Allahuakhbar! Setiap kali ingat mesti menitis air mata. Ni pun mengalir air mata. Nanti ai buat entry detik-detik kelahiran Qisya ok. Ambil masa skit coz panjang entry tu. Banyak mesej-mesej yang Nadia nak sampaikan, juga panduan untuk bakal-bakal ummi/ibu/mak/mama di luar sana jika menghadapi situasi yang sama.

Allah Maha Besar. Allah  Maha Adil. Dalam setiap kesusahan, pasti akan disusuli kesenangan. Dalam setiap kegembiraan, pasti akan disusuli dengan ujian. Sepanjang mengandungkan Qisya memang gembira dan alhamdulillah tiada "morning sickness". Apa yang Nadia ingat, gembira sangat masa mengandung makan tak hengat donia. hi3. Hingga ke saat nak melahirkan Qisya, dan di awal kelahiran Qisya, disitu Allah mengujiku rupanya. Semua ai akan cerita kat entry detik-detik kelahiran Qisya ok ( ok annoying ~ cepat - cepat buat entry ok =.=' )

Padahal nak cerita pasal ruam...haihhh =.=

Maaf gambar ruam kurang jelas tapi nampak kan


Mase Qisya "dalam hari"** , kulit Qisya ade masalah ruam. Maybe masetu jerebu yang sangat teruk ( jerebu akibat hutan dibakar di Indonesia ) dan cuaca kurang elok dan sangat panas. Uols bayangkanlah ai berpantang dengan cuaca panas yang amat, dengan param pilis dilumur di dahi dan satu badan. Rumah pulak memang takde air-cond. Kipas semata. Tu pun dah habis laju dah tu. Bukan Qisya je yang naik ruam, ai pun same. Gatalnya mencucuk-cucuk. Air memang dah sah-sah lah tak bersih kan. Ai operate pulaktu. Nasib baik keadaan terkawal dan tangan tak gatal garu sane sini. Kat dahi ni dah kebas dan tebal akibat ruam berganda . Kat kepala kan pakai pilis, padahal cairje mak ai buat sebab awal-awal tu dah rase gatal sebab berpeluhkan. Lama kelamaan jadi sakit pulak. So, stop pakai pilis.

** "dalam hari" tu istilah orang tua-tua untuk bayi yang baru lahir. Dalam hari tu kira sama dengan kita yang tengah berpantanglah ataupun sebelum bayi berusia sebulan ...mak-mak sangat bahasa ai kan ? ;p 


Ruam Qisya teruk jugak. Bintik-bintik merah yang berkumpul and macam ada mata kat atas bintik tu. Ruam hebat berkampung di celah lengan, celah kelengkang, celah leher, kepala . Ai tunjuk dekat nurse yang datang pantau kat rumah lepas bersalin, nurse tu bagi cream hospital. Dengan keadaan macam ni, ai tak bedung Qisya sangat. Ai yang tak berbungkus ni pun merenyam ( gatal ) satu badan. inikan pulak Qisya yang sangat comel dan mulus tu.



Ruam kat bahagian kepala

Ai pun gunalah cream yang nurse tu bagi. Ok lah tapi tak hilang dan masih ade lagi walaupun tak banyak. Hmmm risau pulak. Pada hari ketujuh berpantang, mak bidan datang rumah untuk urut badan dan bahagian-bahagian tertentu untuk keluarkan susu ( bayangkan seminggu susu tak keluar :,< ). Nama mak bidan tu Mak Yah. Baik sangat. Mase Mak Yah mengurut, borak-boraklah dengan dia. Pastu saje cerita pasal ruam Qisya. Mak Yah ni dah banyak pengalaman, sebabtu ai suka bercerita dengan dia. Dia pun antara salah seorang yang beri aku semangat sepanjang susu belum ada. Mak Yah cadangkan supaya aku beli " BEDAK ULAR ". Scary kan bila dengar? Aku dah terbayang bila nak pakai bedak tu macam pegang ular. Ewwww. Tapi dia kata bagus dan berkesan. Bila pakai sejukje dan ruam akan kecut dan beransur hilang.

Esoknya, aku pesan kat ayah mintak tolong beli bedak tu kat sensei ( kedai herba cina ). Masetu incik suami di Kuala Lumpur. Kerja. Ai berpantang di Batu Pahat. So, ape yang takde , ai mintak tolong ayah belikan. Balik dari pasar, ayah pun bagi bedak ular tu. Murahje bedak ni. Ni ghopenye

Tak tahan trademark ko ular oii...hahaaa




Ai pun terus excited pakai. Actually bedakni untuk orang dewasa dan kanak-kanak atas 2 tahun. Tapi ramai dah rupenye orang Cina dan orang Melayu juga pakaini masa dalam pantang dan mengatasi masalah ruam. So, ai pun gantikan ni sebagai param dan pilis. Tiap-tiap hari lumur benda ni lah. Actually Mak yah tu cakap, tujuan param ngan pilis tu untuk halang liang roma dari dimasuki angin. Kalau kulit alah atau bermasalah, pakai bedakni pun okay. Lagi best sebab sejuk je. Lepastu ruam kat dahi dan badan ai pun mula surut dan hilang. Ai pun pakaikan kat Qisya. Sapu kat bahagian ruam dan berselawat. Oh ya, cara guna bedakni samada pakai mcm tu atau campur dengan air. Ai campurkan bedak serbuk ni dengan air. Sapu kat badan sejuk je. Qisya pun tido lena.

Yang putih tu kesan sapuan bedak :)


Alhamdulillah ruam dah hilang dan kulit Qisya dan ummi pun dah cantik, halus dan mulus. Eh?! hihiii


Tiada ruam lagi ^__^


Okaii...itu sahaja untuk entry kali ni. Harap dapat membantu dengan info yang ai kongsikan ni. Daaaa

Thursday, 16 January 2014

Qisya makin aktif !

Wahhhh...makin hari semakin aktif. Berperang kat dapur, main kejar-kejar dengan Qisya. Kalau nak masak Nadia akan letak Qisya kat walker kalau die macam dah boring meniarap baring nonggeng bagai. Sekarang dah pandai capai objek-objek yang tersembunyi. Apetah lagi yang tersergam indah di depan mata. Pantas cergas pulak tu. Ummi kene ALERT sekarang ni. Objek-objek merbahaya kene letak tinggi dan pastikan jarak jauh dari Qisya. Tengah memasak mesti WAJIB menghendap ini budak... setiap saat sampai tegang urat leher dan tengkuk ( hihihii ...ini tipu ). Qisya tengah explore senyap-senyap , ai saje buat suara macam nak kejar die, terus kelam kabut nak lari, sengeh-sengeh lepastu buat geram. Hahahaaa tergelak ummi nengok keletah awak anakku.


Leka tengok TV

Selera makan pulak tengah naik, pung pang pung pang ummi kat dapur. Masak untuk Qisya, masak untuk abah cayang .... Eh? kikikiii. Breakfast pukul 8.30 pagi tadi bagi PISANG YUMMY sebagai pembuka selera. Kemain suka. Then nyusukan Qisya, mandi manda , main-main jap dengan die, die dah start gosok-gosok mata...nak tido latewww. Bergemalah rumah ini dengan zikir dari  alunan suaraku yang merdu ( ok..sila muntah ;p ) . Dalam pukul 11pagi, Qisya bangun dari tidur, ummi pantas cargas ke dapur. Buat mamam Qisya dulu.
 

Ingat tak resepi yang Nadia share semalam,  Bubur Sayuran Enak for 8 month Qisya ::



Ade lebihan semalam sebab masak lebih. So, Nadia just panaskan tapi olah menu sikit dengan menambah UNSALTED BUTTER dan BEGAR CHEESE yang diparut sikit. Ya Allah, sedapnyeee ! Bagi ummi jelah Qisya. Dah suam , ready nak bagi Qisya mamam. Banyak jugak buat. Rasenye boleh buat untuk 2 hidangan... TAPI tak kusangka Qisya makan sampai habis. Ai terkejut and was like eh...eh... wowww!! Alhamdulillah, berselera sungguh Qisya ye. Mungkin sebab die makin lasak that's why cepat lapar. Makanlah sayang...gumbira hati ummi nengok ^.^  


Dah bagi makan Qisya, nak masak untuk suami dan diri sendiri pulak. Masak simple je. Menu utama Ayam Masak Merah Mak Ngah hik3

Sempat snap! Yeayyy ~ saya suka saya suka ;D 


  
Ai taklah pandai masak beria but  PRACTICE MAKES PERFECT ! ( ^_^ )v


Sebenarnya, entry ni nak share care buat mamam Qisya. Minum petang, bagi Qisya mamam pisang + apple + unsalted butter + susu = SUPER SEDAP !! Tapi gambar yang ai snap tu hilang. Cari-cari tak jumpe. Uwaaaa!!! Takpelah, nanti kalau ai buat menu tu, ai share okeyh. Daaaa




Wednesday, 15 January 2014

Bubur Sayuran Enak for 8 month Qisya

Assalamualaikum. Yuhuuu ! Harini ai nak masak berasaskan sayur-sayuran untuk anakanda tercinta. Alhamdulillah, Qisya makan sayur. Favourite die, labu dan avocado ( tapi kene campur la ). Dulu mase intro puree kat Qisya, tak ikut sangat 4 day rules tu. Selang seli sayur buah bubur. Then campur =)

Untuk resepi ni, ai tengok Qisya berselera je. Ok let's story about the ingredients and methods. Zassss!!


Bubur Sayuran Enak

Bahan-bahan ::






Seulas bawang putih
Setengah ulas bawang merah
Olive oil
Beras ( ai guna beras putih )
Taufu lembut
Daun Sawi
Labu ( ai letak banyak skit sebab Qisya suka ..hihiii )




Taufu lembut ni Nadia refer kat FB page ySolid & Semisolid Food for Your Baby
Sedap owh taufu ni. Makan dengan puree kurma...uiii mmg layan ~ ummi yang layan lebeyyhh ;p






Cara masak ::


  1. Tumis bawang putih dan bawang merah dengan pure olive oil sehingga naik bau.
  2. Masukkan air beserta beras untuk masak bubur 
  3. Masukkan labu
  4. Agak-agak dah nak jadi bubur, masukkan sawi. 
* Taufu lembut tu, Nadia akan steam dulu before masukkan dalam bubur. Steam pakai tapis je. Bukannye nak steam banyak pun. Ngam-ngan pulak dengan cooking pan ni









Dah masak, biarkan seketika bagi suam-suam sikit.

Uiii sedapnyeee...berkhasiat gicheww






Dah suam, boleh blend dan hidangkan pada anakku sayang




She loves it !! 

Cubalah untuk anak anda yang tersayang !

Monday, 13 January 2014

Bubur Jagung Omnomnom

Hahahaaa...tajuk tak nak lagi mengada. Dah tak boleh nak fikir...hentam saje. Asal dapat update blog. Kui3

Ok lah , kite terus direct cerita pasal menu dan cara masakan ye.

Bahan - bahannya ::


* 3 sudu besar beras
* Sebiji kentang
* Jagung ( frozen )
* Peas ( frozen )
* Seulas bawang putih
* Setengah ulas bawang merah
* Pure Olive Oil ( untuk menumis )


Cara - caranya ::

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau
  2. Masukkan beras bersama air
  3. Masukkan kentang
  4. Agak - agak dah nak jadi bubur dan kentang dah lembut, masukkan jagung dan peas
  5. Jagung dan peas dah lembut, tutp api. Biarkan seketika.




Agak - agak dah suam, blend dan hidangkan pada Qisya kintan payung ;D


Itu saja. Mudahkan ? = )



Kalau die suke dan tengah lapar, bagi lambat sikit, inilah reaksi die. hihiii



Dah dapat, baru diam


Hilang penat dan rasa dihargai bila Qisya berselera makan yang ummi masak. Bahagia rasanya


Cubalah untuk anak anda yang tersayang ok. Daaaa =)


Thursday, 9 January 2014

Cara buat Serbuk Ikan Bilis


A baby's smile ~ melts the heart and calms the soul




Rasa penat , rasa gundah gulana, sedih, kuciwa semua hilang bila tengok ini budak senyum. Makin hari makin cerdik...happy tengok keletah Qisya. Bukan mudah jage bayi tau. Kene banyak bersabar, focus, teliti, jadi kebudak-budakan ( nasib baik ummi memang childish...kui3 ). Kesian tengok bayi-bayi dan kanak-kanak yang didera....kenapalah mereka sangat kejam! Bayi masih suci, telus...mereka belum mengerti dan tidak layak untuk dikasari disakiti. Ummi Qisya doakan semoga Allah memberi balasan yang setimpal untuk si pendera. Berilah petunjuk pada mereka ya Allah. Penuhilah diri mereka dan kami semua dengan cinta dan kasih sayang hanya keranaMu Ya Rahman Ya Rahim ! Amin!

Padahal nak cerite pasal cara nak buat serbuk ikan bilis. Tetibe emo kejap bile tengok berita pasal kes-kes yang melibatkan bayi nih T_T

Hahahaa...ok lah. Sambung sok sek pasal serbuk ikan bilisni. Sonang yo nak buek eh. Kalau bahan dah takde sangat2, bubur campur dengan serbuk ikan bilis pun sedap kot. Ntah tak pernah cuba...tapi sedap rasenye ( ai ni semuanya sedap...macam manela berat badan tak berkurangan huh! )


Cara - caranya ::

    • RENDAM IKAN BILIS DALAM 5 MINIT



    • TOS



    • SANGAI / GORENG TANPA MINYAK SEHINGGA GARING



    • DAH GARING, ANGKAT DAN BIARKAN SEKETIKA
    Ni ade yang terus masak ikan bilis petai masak sambal nih @@'


    • BLENDER SAMPAI HALUS. SIMPAN KAT BEKAS KEDAP UDARA. SIAP!



    Kalau tak dapat blend halus, janganlah nangis atau rasa anda gagal. Rileks. Nanti dah campur dengan bubur/makanan bayi, blender sekaligus. Kalau bayi yang belum ade gigi dan belum pandai kunyah lagi, kasi tapis itu makanan. Senang kan?

    SELAMAT MENCUBA ! ;D

    Bubur Kentang Marvelous for Qisya




    Morningggg ^_^

    Qisya yang makin aktif


    Qisya da bangun, ummi terus cergas pantas masak makanan Qisya ~

    Huaaaa….lamenye tak update blog. Busy lah. Jumaat  lepas open booth kat Intan Damansara. Sabtu kat Bangi Gateway.  Balik lepas Maghrib. Lepas solat Isya’ terus pengsan. Qisya tidur lena 2 kalije bangun nak susu. Selalu nyusu 3 - 4 kali. Penat kot die…sian. Esoknye Ahad balik rumah ayahbonda di Batu Pahat. Phewww…tu tak campur kemas rumah masak bagai. Part time business sambil menguruskan rumahtangga penat tapi pengalaman dalam hidup yang menyeronokkan. Bila dah bekerja atau menguruskan bisnes yang semakin maju ( amin ! ) , mungkin dah lain pula jadual dan gaya hidup .... mungkin tak dapat pengalaman macamni lagi ( background lagu Kenny G ....EH! kikikiii )

    Qisya pulak semakin keletah aktif , badan pun dah nampak susut. Nak tumbuh gigi lagi. Tapi Alhamdulillah berselera makan, sama jugak dgn abahnya yang suka makan dirumah….so, banyak hal utama perlu diberi perhatian. Gichewwww.. Bukan mudah sebenarnya jadi surirumah. Kalau surirumah adalah satu pekerjaan, mahal upah gajinya. So, jangan pandang rendah pada surirumah okey  (><.)v ….eh tetibe emo ye..hik2
    Lately ni Qisya meragam skit. Bukan meragam nangis bersungguh, meragam rengek2 pastu nak manja. Macam mengadu sesuatu and nak ummi pamper die. Gusi gatal plus rase sakit nak tumbuh kot. Kalau die rengek2 galak main lidah kt gusi ( macam kunyah2 ) sampai meleleh leleh air liur, ai selalu cakap dengan Qisya "Qisya good girl. Cakap kat gigi, cepatlah tumbuh gigi. Moga tak sakit dan tak demam dan senangje gigi tumbuh" ... lepastu buat amin kat die, terus nyengeh lebar. Hihihii.


    Lebarnye sengih....macam ummi ;p


    Ok lah , harini masak simple je untuk Qisya. Guna bahan yang ada. Esok baru nak gi beli stok makanan Qisya. Nak buat makanan anak ni tak perlu nak pening sangat nak ikut resepi orang lain yang guna bahan yang mahal2. Buat yang termampu guna bahan yang sedia ada dan jangan susahkan diri mahupun suami :)

    Haritu excited intro telur kat Qisya. Berdebar jugak tapi ntah tibe2 naluri kate haaa dah boleh intro. Tanpa fikir panjang terus rebus telur. Nak intro telur kene ade peringkat2. Bagi egg-yolk ( kuning telur ) dahulu. Kuning telur tu pulak kene betul betul masak. Nadia intro separuh dulu.



    ** Next entry Nadia cerita pentingnya intro telur before umur bayi setahun.

    Nak intro makanan baru, macam biaselah....bagi 4 hari berturut turut sebab nak pastikan ada alahan/allergic ataupun OK je. Tanda tanda alahan seperti rashes ruam merah. Kene cek satu badan baby di bahagian mulut, telinga, leher, kelengkang, kaki. Alhamdulillah, Qisya OK je :,D

    Ummi nak buat Bubur Kentang Marvelous untuk Qisya. Ihihihi tajuk makanan tak nak kalah @_@'


    Bubur Kentang Marvelous

    Bahan-bahan ::

     * 3-4 sudu besar beras
     * Seulas bawang putih
     * Bawang merah/shallot ( separuh )
     * Sebiji Kentang
     * Separuh biji egg-yolk
     * Puree Kurma ( sebagai pemanis )
     * Serbuk ikan bilis
     * 1 tbsp unsalted butter
     * Grated cheese ( cheese yang diparut . Bukan pakai parut kelapa okeyh, pakai parut kecik tu   
        je..haihhh )

    Cara masakan ::
    •  Tumis bawang putih dan bawang merah dengan Pure Olive Oil . Dengan unsalted butter pun  boleh.
    •  Masukkan air dan beras untuk buat bubur.
    •  Masukkan kentang
    •  Agak agak dah nak jadi bubur dan kentang dah empuk, masukkan eggyolk , puree kurma dan grated cheese
    • Tutup api dan gaul dengan unsalted butter untuk rase lemak berkrim 
    • Tabur dengan serbuk ikan bilis
     ** Bayi bawah 2 tahun tidak memerlukan garam dan gula dalam makanan mereka. Gantikan dengan ikan bilis untuk rase masin2 skit dan kurma  sebagai gula. Lagi berkhasiat kan ^__^


     Tadaaaaaaa !!! Inilah hasilnya



    Oleh kerana Qisya belum tumbuh gigi lagi, ummi blend makanan Qisya. Tapi tak halus sangat. Saje bagi berstrektur skit, biar Qisya belajar kunyah. Gusi die pun dah kuat tu =)

    Setakatni saje untuk entry kali ni. Daaaaa