Monday, 30 December 2013

HIJABLOVERS !!!! JOMMM SUPPORT NADIA THIS SATURDAY

Hamboihhh..tajuk macam masuk reality show je. har3. 

Sabtuni Nadia open booth di Bangi Gateway. Jom datang reramai shopping shawl Elegance Hijab by Nadia Natasya . Banyak stok baru yang cantik2, ade sale, pre love, aksesori dll. Datang support tau. Lebiu!! Hik3



Kite buka booth ari Sabtu je


Ni layout. Booth ai no 68





Datang support ummi tite tauuu




Jumpe di saneee !

Saturday, 28 December 2013

Pagi Ahad yang ceria ;D

Qisya da boring asyik makan yang sameje. Mingguni saje intro tomato kat Qisya. Nadia ade buat stok ayam, stok puree apple dan stok puree kurma. So, tukar2 rase taste yang same jugak. Ini budak manyak clever. Jadinye, pagi tadi pukul 7.30, kiteorang pun bersiap nak gi Pasar Tani Paya Jaras. Belakang rumah je pun.

Muka excited nak berjalan

Ai memang suka berjalan. Gi pasar tani pun happy. Mak2 sangat kan? hihii

Sampaije, terus cari sayur sayuran untuk makanan Qisya nanti. Ni hasil tangkapan yang sempat ( si anak da mula menguap2. Kesiannn )


Bayam merah, celery, labu manis, brokoli, cauliflower


Ade beli jagung tapi xsempat snap sekali. huhuhuu.

Sampai je rumah terus tidurkan Qisya. Dah nyenyak, terus ke dapur nak breakfast and buat mamam Qisya. Ai dengan suami makan nasi lemak, apam balik, roti daging goreng yang dibeli kat pasar tani tadi. Tambahan ai goreng cempedak dan buat kopi O. Layan wooo

Untuk breakfast, buatkan Qisya bubur + jagung + kurma ( tak sempat amik gambo sebab si kecik da jage and lapo. Kene pantas cargas )







Itulah rope jagung cantik manis yang Nadia beli kat pasar tani. Balik terus rebus, blender then terus buat stok. And as usual, jagung rebus dimasak lebih untuk penghargaan ummi masak untuk anak. Kik3

Tak sempat nak snap gambar bubur jagung kurma sebab Qisya nak rengek2 nengok makanan die. Memang clever girl. Alhamdulillah die suke dan makanan habis. 

Daaaaa ~



Stok Puree



 Tadaaaa !!! *(^__^)*







Busy nyee ~ ape yang busy ntah sampai berhari nak post entry tak dapat2. Kepam jela. Hu3. Ok lah. Sebut pasal STOK puri ni, sameje mcm ebm. Puree pun boleh disejukbekukan okeyh. Boleh tahan sampai 3-6 bulan tapi seeloknya buat stok 2 minggu je. Lagi bagus bagi baby makan yang fresh. Kene bangun awal skit la nak rebus itu ini then blender skali masuk dalam thermos / warmer anto kat pengasuh. Kadang2 Nadia pun buat stok jugak tapi untuk 2-3hari je ( kalau si MALAS da melande, senang...main campak2 je huhuu ). Lain kes kalo emergency , seharian kat luar rumah dengan baby, so standby bawak bekal puree. Puree yang dah dikeluarkan tahan 24 jam tapi seeloknya dihabiskan mase dah cair tu, next stok untuk makan tengah hari dan petang masukkan dlm cooler bag.

Faham tak ape ai bebel ni? Ok contoh, Nadia ade job untuk make up atau booth. Pagi bangun solat Subuh, siap2 keluarkan 2-3 ketul puree dan masak bubur / oat yang dah direndam semalaman. Sebelum keluar bagi anakku mamam dulu. Then bawak bekal bubur / oat dalam thermos/warmer. Agak2 dah nak keluar rumah dalam pukul 9, keluarkan frozen puree letak dalam tupperware atau plastik kedap udara tu letak dalam cooler bag atau dalam polysterine yang berisi ais. Tu untuk mamam tengah hari dan petang. Ada faham adik manis? Ok good (◕^^◕)

Eh, tak explain lagi macam mane nak buat stok purilaaa...hihii sabo jelaa

Senang sangat nak buat stok puree ni. Benda penting ni kena ade…iaitu ::

ICE CUBE TRAY

·         Ice cube tray ~ ai beli dekat Giant . 2 ni RM 3 tak silap. Beli yang ade penutup ye. Dalam freezer tu letak macam2 dengan ayamnye ikannye sotongnye. Nak elak bau dan bakteria, tutuplah puree itu dengan penuh kasih sayang ok mommies. hihiii. Errr... ice cube tray opkosh la pink kaler. Sangat berguna tau =)


Okey...mula mula, buat puree mcm biase. Kupas kulit, basuh bersih ( seeloknya pakai air masak ) 



Then diced or sliced macam ni ::




Lepas tu steam dalam 10 - 15 minit ( agak2 buah dah lembut ) . Nadia pakai steamer rice cooker. Pakai steamer yang 3 tingkat tu pun boleh. Asal boleh steam uols ^ ^,

Biarkan sebentar kasi hilang panas tu, then blender sampai halus. Letak dalam ice cube tray…dan juga letak dlm mulut skit sebagai tanda penghargaan masak untuk anak…kih3

Tengok pun dah terliur ~ haih


Seterusnya, letak di bahagian sejuk beku. Ini hasilnya ::

Jangan bagi baby sejuk2 mcm ni. Sebelum nak hidang tu, keluarkan awal skit
 

Kalau mommies nak buat stock banyak2, jangan lupe label name food and tarikh dibekukan okeyh. Janji? Eh...

Kalau nak gune puree, mase tgh masak bubur / oat tu, agak2 dah nak masak terusje campurkan dan kacau sehingga sebati. Atau, malamtu siap2 letak kat peti sejuk bahagian bawah. Jangan semua tau, yang nak digunakan sahaja contoh macam di atas , 3 ketul puree. Esok pagi bangun, terusje campur dgn bubur/oat yang dasiap masak. Senang kan ^_^


Selamat mencuba !! :D


Tuesday, 24 December 2013

Special Purees for darling Qisya

Apa yang membahagiakan menjadi ummi ialah menjaga sendiri dan melihat anak membesar di depan mata. Nadia sangat menghargai detik-detik ini....sebab bila dah bekerja semula nanti, tak mungkin dapat rasa nikmat ini lagi :,)

Ok lah feeling sodih pulok iols ni. Syukur atas segalanya okeyh =)

Untuk entry kalini, Nadia nak share tentang solid food for baby 6 month ( dan ke atas ). Qisya dah 7 bulan lebih baru nak buat blog. Tapi sebab excitement pasal bagi Qisya mamam lah buat ai terdetik nak buat blog. Nadia suke sangat buatkan makanan Qisya. Walaupun rase mcm banyaknye nak kene buat...tapi bila da buat , addicted and excited plak fikir nak masak ape lepas ni dan lepas ni dan lepasni lagi ( ok annoying ~ pfftt ).

Suami dan orang2 yang terdekat pun memainkan peranan yang penting dalam halni. Thanks a lot to my beloved husband coz bagi support kat I and belikan makanan Qisya. Kadang2 die yang fussy tau " Pisang ni boleke? Ni boleke? Tak angin ke? " ( so sweet...eh ? hi2 ) ( ^◡^) ❤

Ok sambung balik. Sebenarnya, kalau nak bagi anak makan pun kene banyak buat research and cari ilmu sebanyak yang mungkin. Kalau takde ilmu yang secukupnya, semua makanan pun bagi, kesianlah kat baby sebab sistem pencernaan dan penghadaman masih baru bertatih nak mulakan tugas. Jangan samakan keadaan nenek , zaman mak ayah kita dulu dengan keadaan zaman kita sekarang. Dulu, pendedahan ilmu amat kurang dan susah nak cari. Sekarang segalanya dihujung jari. Rajin2 lah bertanya dan mencari okey = )



Ni antara link yang Nadia jadikan sebagai rujukan utama. Banyak info berguna di sini ::


Sehingga sekarang, alhamdulillah Nadia bagi Qisya mamam yang Nadia masak sepenuhnya. No Nestum, No cerelac. No biskut. Kalau ikut nasihat pakar, no sugar and salt for baby under 2 years. Perut mereka masih suci uols. Intro dengan makanan semulajadi , fresh vege and fruits ~ itulah perasa manis dan masin yang asli, malah mengandungi zat dan khasiat yang bagus untuk tumbesaran bayi. Garam dan gula yang kita makan tu dah melalui banyak cabang pemprosesan , penapisan which is not good for baby. They still depends more on breastmilk or formula.

I do lot of researches , minta pandangan mommies , read blogs...so, kesedaran tu sangat menebal. Lagipun Nadia jage Qisya sepenuh mase, so memang dah berazam nak masak untuk Qisya yang tersayang. No reason why should I feed her instant food aite? Dari baby dah rase air tangan ummi, harap2 hingga Qisya dah dewasa nanti rapat dengan ummi dan jadi anak yang solehah ye...eh?? Dah jauh menyimpang ye? Takpelah...doa tu..heheee .

However, Nadia tak pandang negative pun mommies yang bagi nestum, cerelac, biskut tu coz mother knows best for her baby   Cuma, kalau boleh elakkan instant dan bagi yang kita masak..lebih berkat in shaa Allah =)

Ok. Bila sebut PUREE je ternganga nganga I mase first time bace/dengar. Hihiii. Senang sangat buat puree ni uols. Yang bekerja pun sempat buat. Asasnye senang je

* Kupas kulit , potong dadu ke ape bentuk tak kesah
* Kukus ( steam ) / Rebus
* Blend
* Lenyek / Tapis

*Kupas , potong dadu  *Kukus  * Lenyek atau blender  * Campur dengan susu badan/formula * Hidangkan pd tersayang

Nak bagi baby makan pun kene ade peringkat2. Yelah, takut perut baby terkejut dan juga nak kenalpasti samada baby ade alahan atau tidak dengan makanan tu. Mengikut kajian yang ai buat, kalau nak intro baby solid food ni kene ikut 4 day rules.



Lupe dari mane I dapat ni ...huhuuu


Rujuk pada carta, kalau bagi epal, bagi je epal selama 4 hari, kalau dah pas and tiada alahan, bagi labu pulak dan seterusnya. Tapi Nadia tak ikut sangat 4 day rules tu. Agak2 da bagi 2 hari ok, bagi lain pulak. Then Nadia selang seli buah, sayur, bubur. Kalau bagi buah semuanya sedap2 manis2 pulak tu , nanti bagi sayur takut baby memilih pulak. Nadia ikut gerak hati coz i know best for my Qisya. So far, alhamdulillah semua Qisya boleh makan and die pun berselera makan.

Selain gambar di atas nun, ni antara yang menu hidangan untuk anakku yang tersayang. Ummi ℒ♡ⓥℯ ㄚ♡ⓤ  Qisya


PUREE KURMA 



PUREE AVOCADO + APPLE
Kalau Avocado je , Qisya tak habis mamam. So, i mix dengan apple atau kurma. Jangan  lupa tambah susu badan / formula bagi cair sikit dan rase lemak berkrim nyum nyumm \(>_<)/



PUREE CARROT



PUREE PEAR
Ni favourite Qisya. Meme sedap oiii ~ omnomnomnom


Sedapkan? Berkhasiatkan? Teruja kan? Cubalah buat untuk your baby nanti keyh :)

Buah yang tak payah kukus/rebus :: pisang, avocado, betik, mangga manis ( blender atau lenyek2 je ). Tambah susu badan / formula agar sedikit cair dan lemak2 manis gicheww. Tahap cair tu, kalau dicedok pakai sudu dan senang mengalir jika diterbalikkan sudu tu, ok la tu. Jangan cair sangat sampai jadi air. Baby tak minum jus uols...hak3

I rase sampai sini saje untuk entry kalini. Next entry I akan share macam mane nak buat stok puree okeyh. Daaaa ~

Friday, 20 December 2013

Ummii....Qisya nak gi taman (◕^^◕)

Di hari yang indah, menjalankan rutin seperti biasa sebagai seorang suri rumah, tibe2 Qisya cakap " Ummii...nak alan taman" ~ eh, die tak pandai cakap lagi. Dear Qisya cakap bahasa die, ummi je yang faham ( padahal ummi yang excited lebih kui3 )


Ummi...jomla bersiar2 di taman. Nampak tak cuaca yang baik tu?

Ummi sebenarnya yang beria nak bawak Qisya jalan. Qisya? Sangatlah suka. Pantang nampak ummi die pakai selendang , haa mulala die bersemangat gigil2 geram suruh kite amik. Kalau tak...menangisla jawabnye ingat ummi abah nak tinggal die. Kecik2 dah pandai kan? So cute
{。^◕‿◕^。}

Kami bawak Qisya gi taman kat area D'Rimba Seksyen 8 Kota Damansara. Qisya ni baik budaknye. Masuk kereta kena pulak air cond , mulalah mengantuk. Tapi tak sempat die nak lelap dah pun sampai. Alorhh shiannn...


Muka ngantuk Qisya. No ngantuk2. Kite exercise okey cayang ❤


Di kejauhan......


 Tadaaaaaaaa !!! Kemain suke lagi die ye

Ummiiii!!! Bestnyeee...Jomlaaaaa ( ala tomey2 )

Ai nampak yang sesuai untuk Qisya adalah buaian comelni...


Pegang sini okey sayang

Pandai syg ummi pegang besini. Kuat genggaman Qisya


Mase buai Qisya, boletak die layan angin sepoi2 bahasa, then nampak macam mamai2 nak tido. Hihiiii. Too cute. A lot of things ummi want to show u sayang ^__^


These are my favourite shots . Pandai abah Qisya snap  ◕‿-





Buat pulak muke macam tu. Cair ummi sayang. You such an adorable baby, my sweetheart ❤ ❤ ❤


Lepas puas naik buaian and ummi pun puas hati dengan snap abah Qisya [ moments are difficult to find & irreplaceable . There is no turning back time . That's why I appreciate it so much :,) ] .... Weols pun bawak Qisya naik jongkang jongket , main itu main ini... kiteorang pulak mcm kanak2 riang ~  lol
 







Muke excited + geram


Senyuman itu.....alahai ummi cair lagi !!

 
Ta ta taa



Okey. Qisya, ummi & abah dah puas enjoy kat playground. Happy sangat dapat bawak Qisya gi taman. Those expressions... so precious and priceless. Lepasni nak pergi Giant pulak beli barang dapur skit & barang makan Qisya. Kite jumpe next entry keyh. Daaaaa




Wednesday, 18 December 2013

Cara cara nak buat Banana Oat untuk bayi 6-8 bulan



Haritu Nadia cakap nak share cara-cara buat Banana Oat kan. Ni dia entry nye! Banana oat sesuai untuk bayi 6 - 8 bulan =)

Senang sangat nak buat banana oat ni. Anak suke ummi pun suke. Eh? Manela badan ko xnaik Nadia oii. Makanan anak ponn ngapp jugak… hahaha

Bahan-bahan ::
* Oat ( rolled oat organic - good for babies )
* Pisang emas ( Nadia selalu bagi pisang emas )



Rolled oat direndam semalaman. Selalunya Nadia rendam lepas maghrib atau lps Isya’ . Sebelum Qisya tido la. Kalau Qisya dah tido, ummi pun turut serta ◕ ‿-


Bahan-bahan untuk rendaman ::

1 CAWAN OAT
1 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM
LEMON ( SEPERTI DaLaM GAMBAR )
2 CAWAN AIR ( AGAK2 TENGGELAM OAT TU OK LA )




Tepung gandum tu nampak mcm over kan? Hahahaa…ni mase first time buat la ni. Salah bace info. Satu sudu besar patutnye, den lotak 1 cawan tepung gandum. Confident plak tu amik gambo. Nasib baik bace balik instruction. Kalau tak buat cekodok oat jelaa. Kih3

Rendam dengan air dan perah lemon tu...

OK. Dah rendam semalaman, esok pagi dalam pukul 7.30 atau 8.00, Nadia buang air rendaman, tos oat, letak air baru dengan oat dalam periuk , masak oat macam nak masak bubur.  Ade mommies yang guna air rendaman tu terus masak dgn oat tu. Bole juge . Terpulang uols.  Ikut cara masing2 
 。 ◕‿◕。

Masak oat pun macam masak bubur, jangan basah sangat jangan kering sangat. Agak2 dah nak kering tu ( ade air skit2 ) tutup api, biarkan seketika. Agak2 dah suam2 tu bolehla blender dengan pisang. Hidangkan pd diri sendiri & tersayang. Eh? Hi3…ummi jangan nak over sgt sampai makanan Qisya pun boleh berselera. Gi buat yang lain! ……..Okey2 ;P




 Nyummeahhh! Sekian saje untuk entry kalini ~ weeee   Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ